Wednesday, 13 July 2011

JAUHI PEROKOK


Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.
Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.
Ini atas beberapa alasan;
  1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
  2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
  3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
  4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
  5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.
Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

* SBB TUH LA MAMA AND ABAH TAK NAK MENANTU PEROKOK.. =)

tentang jodoh dari forum jodoh



JODOH.. Satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.

Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.

Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Penulis yakin cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah. 

Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.



* artikel nih di ambil dr 1 forum tentang jodoh dalam islam..


Ya, Allah.. Sekiranya dia adalah jodohku.. 
Dekatkanlah aku dengannya.. 
Sekiranya dia bukan jodohku dan akan memudaratkan diriku,
 jauhilah diriku dari dia..

JODOH


Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu "3M"? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh MemahamiMemaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita. Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut: Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita. Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga. Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.
Jadi sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M di atas supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, rupa paras, dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam  iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.
Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyenataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:
1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.

pesanan dari seorang ibu dan ayah utk ank perempuannya..

DARI MAMA :

  • Ma nk org yg baek budi bahasanya
  • pndai jg hati n hormat org tua
  • ramah ngan semue
  • bertanggungjawap
  • ada kerja n pendapatan yg tetap yang bleh tampung ank mama mcm mana mama n abah tanggung 
  • kuat agamanya supaya dapat tunjuk teladan yg baek
  • keluarganya pun dapat terima kite seadanya
  • x merokok
  • bleh bergaul dengan keluarga terutama abah
  • tak ada masalah dengan keluarga
  • yg syg kan keluarga terutama mak die sbb tuh la ciri ank soleh

DARI ABAH :
  • Pertama sekali hormat org tua
  • kedua ada pendapatan n kerja yg tetap dan sesuai dengan kita
  • ketiga yg ada agama ( bukan nk smpai ustaz ke pe tp tahu semue)
  • x merokok!
  • keluarga yg baek2
  • tahu adab
  • berani dengan abah
  • akhlak yg baek
  • syg ank abah
  • ramah, tahu bergaul dengan semue ( sedara mara, keluarga)
* huhu.. asyik tuh la mama and abah pesan.. 

" sesungguhnya apa yang dilihat oleh ibu dan ayah kita adalah terbaik dari apa yang kita lihat "

Tuesday, 12 July 2011

Monday, 11 July 2011

stanza cinta!

stanza cinta nih di novel and cerita yang skang de kat tv3 ari ahad.. actually kalu bukan sbb aaron blakon cite nih x de maknenye aku nk tepikat .. ehehe .. so g la beli novel die.. huhu.. indah nye novel nih.. kata2 die.. cerita die. semue membawa 1001 pengajaran! series! baca la novel nih.. sedey.. die gunakan unsur2 ketuhanan yg bgs sgt.. kompem ngalir air mata sbb tersentuh dengan cite nye..


PETIKAN DARI STANZA CINTA :

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!”

“Ya Allah, bilakah saatnya aku dipertemukan dengan pemilik tulang rusukku?”



2 kg =)

happy.. 2 kg in 1 month ! great!
=) =) =)

Tuesday, 5 July 2011

in memory's telephoto lens, far objects are magnified .. =)

just now i opened my external
 and  opened on folder of picture 
next i click on the old photographs in the external.
actually its look like fibrous external
because it does not sort files according to the appropriate folder..
so i think i should arrange the picture with the suitable folder
so next time when i open the external it can be more easier for me
 to flash back my memory based on the picture..
now i finished sort the picture based on the folder from we part 1 until we end our studied part 6..
 ( grad lmbt lg!  )
so for this week, i think i just would like to share about my life in UiTm
as student bachelor in buss. admin (hons) human resource management..
it full of happinesspainful, sadness,tribal, memory.............

Monday, 4 July 2011

FUN.. MEMORABLE..HAPPINESS

FUN..MEMORABLE.. HAPPINESS
Three words that describe what happen to me after i've done my thesis..=)
actually this story have happen about 4 month ago but i don't have tyme 2 story but now i'll share diz 2 story 4 my beloved blog.. 
it was fun and enjoyable day for me..
i'll remember that moment..
well.. actually d reason why we went out is to watch a movie at setiawan but the ticket was sold out.
so disappointed actually .. so we change d programmed..
we went 2 mcd for dinner..not dinner actually.. its supper coz already 11pm.. dats why i'm fat rite now! =(
for my opinion, it should be normal and illegal for anyone who become as student especially when they become as NR (non resident) it might be worthwhile to go outside and have an overnight with your friends until morning. right?? including me.. but i have do not always done that k.. only a few tymes.
then we decided 2 went 2 lumut..   
so the adventure began and we had fun..
so i would like 2 share some of picture of us.. =)







mEmOrY Is ThE DiAry ThAt wE ALL cArRy aBoUt Us

Sunday, 3 July 2011

n0vel 2 x 5

 di sebabkan skang nih da jadik penanam anggur yg x pnah bejaya.. so tyme nih la nk luang kan mase ngan membaca.. eheh.. padahal dulu mse study x nk plak kusyuk bce buku2 hr semue tuh.. ehhe.. so diz tyme nk share ttg buku yg da beli last 2 week but br skang smpat bce abeh sbb b4 nih b4 ngan nora elina je memanjang sbb penangan Aaron aziz.. =) ..  nih sinopsis buku nih 


Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee pernah berpujangga: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.
Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yang mantap sahaja untuk menjinakkannya.
Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang di hari pernikahannya dahulu.
Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yang halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama.Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datangnya Sofea dengan tiba-tiba mengganggu kehormanian rumah tangga yang dibina. Bila datang insan ketiga memang payah untuk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bila mana haknya cuba dirampas oleh wanita lain. Di dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi, si hartawan punya harta tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan dia tidak berperasaan begitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dengan duda beranak satu itu.Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yang curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila sudah masing-masing 2×5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim? 

so komen nye .. cite nih agak bes la.. die gelak2 cmpur ngn sedey2.. pengajaran utama, dalam rumah tangga kene saling tolak ansur n communication tuh sgt penting .. =)..

Mana 1 pilihan hati

da lame nye x tulis kat blog nih n tbe2 arinih terajen nk bkk sbb windu kat blog nih.. so just like 2 share this article yg terbace kat blog sowang nih.. menarik n sweet ..

Saya bertanya kepada emak, “mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..” mak menyusun ayat-ayatnya.
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung, “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”
Mak menyambung lagi, “Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
“Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu,” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.
“Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak..” Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.
“Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya.
Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
“Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya,” emak berhenti seketika.
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia.Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.”
“Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.”
“Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia,ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur,” sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara,” emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Uploaded with ImageShack.us