Sunday 3 July 2011

n0vel 2 x 5

 di sebabkan skang nih da jadik penanam anggur yg x pnah bejaya.. so tyme nih la nk luang kan mase ngan membaca.. eheh.. padahal dulu mse study x nk plak kusyuk bce buku2 hr semue tuh.. ehhe.. so diz tyme nk share ttg buku yg da beli last 2 week but br skang smpat bce abeh sbb b4 nih b4 ngan nora elina je memanjang sbb penangan Aaron aziz.. =) ..  nih sinopsis buku nih 


Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee pernah berpujangga: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.
Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yang mantap sahaja untuk menjinakkannya.
Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang di hari pernikahannya dahulu.
Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yang halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama.Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datangnya Sofea dengan tiba-tiba mengganggu kehormanian rumah tangga yang dibina. Bila datang insan ketiga memang payah untuk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bila mana haknya cuba dirampas oleh wanita lain. Di dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi, si hartawan punya harta tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan dia tidak berperasaan begitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dengan duda beranak satu itu.Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yang curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila sudah masing-masing 2×5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim? 

so komen nye .. cite nih agak bes la.. die gelak2 cmpur ngn sedey2.. pengajaran utama, dalam rumah tangga kene saling tolak ansur n communication tuh sgt penting .. =)..

No comments:

Post a Comment


Uploaded with ImageShack.us